Cantik Seperti Duyung hanya di emmabelle Aesthetic Skin Health

 


Hye semua,
Lama tak update about beauty routine kat my blog, sekarang ni I lebih terfokus di Instagram dalam bentuk video sebab rata-rata lebih suka melihat visual bergerak berbanding membaca but this time I nak cerita, baru-baru ni I ada pergi emmabelle Aesthetic Skin Health di Atria Shopping Gallery. 

Bagi yang belum tahu, emmabelle adalah sebuah pusat kecantikan estetik yang menawarkan penyelesaian kesihatan kulit estetik berteknologi tinggi disesuaikan dengan keperluan kulit khusus untuk anda, dengan pakar kesihatan kulit yang diperakui secara profesional, terlatih tinggi, dan penjagaan kulit dermo-kosmetik yang tepat untuk hasil yang maksimum dan berkesan.

Menurut Andreen Low, pengasas emmabelle Aesthetic Skin Health mahu kita semua menerapkan Kuasa Cinta Diri atau #ThePowerOfSelfLove supaya kita dapat mengubah cara kita melihat diri sendiri kerana ianya adalah kunci kecantikan yang sebenar-benarnya dengan menjadikan produk penjagaan kulit di emmabelle Aesthetic Skin Health sebagai rutin penjagaan kulit wajah setiap hari.

Paling penting ialah kita haruslah menyayang dan menjaga diri kerana kecantikan itu bukan hanya luaran malahan untuk dalaman juga. Andreen Low juga menjemput kita semua mencari semangat ikan duyung dalam diri dan alami sentuhan dari laut. Semoga kita semua kekal cantik dan berkeyakinan tinggi.

Semasa pengenalan, Butterflies Community members diberikan taklimat mengenai servis yang ditawarkan di emmabelle Aesthetic Skin Health dan pada hari yang sama kitaorang diberi peluang untuk mencuba sendiri teknologi yang ada di pusat kecantikan ini.


Antara Servis yang ditawarkan di emmabelle Aesthetic Skin Health :
  1. Celljet Treatment
  2. Pico Laser Treatment
  3. Diode Permanent Hair Removal
  4. EM Muscle Sculpting
  5. Milia Seeds | Skin Tag Removal

Andreen Low ( kiri ) melakukan demo Celljet pada salah seorang Butterflies Member.

Celljet Treatment

Celljet ialah teknologi Reviderm khas untuk kulit dari Jerman mempunyai ultrabunyi 10mHz yang mengeluarkan 10 juta gelombang bunyi dalam 1 saat. Hanya 24 minit, kulit nampak lebih awet muda, nampak berseri, segar, anjal dan kelembapan dapat dikekalkan.

Sesuai untuk masalah kulit seperti garisan halus dan kedutan, kulit wajah yang kendur, dehidrasi dan lebihan air bawah kulit, nodus limfa tersumbat, kulit sensitif dan kemerahan, kusam dan kapilari pecah.

Masing-masing tengah 'curious' macam mana rawatan Pico Laser ni bertindak dan tahu sakit atau tak Rawatan Pico Laser ni. Haziq 'pain tolerance' tinggi so dia cakap OK je as long as kulit nampak cantik katanya.

Rawatan Pico Laser

Pico Laser atau Pico Second Laser berasal dari Korea. Pico Laser di emmabelle mempunyai dua probes iaitu : 755nm & 1064 nm.

Tiada tempoh masa sembuh ( downtime ) kecuali kulit yang mempunyai masalah bintik penuaan yang dalam atau parut tebal berlekuk.

Untuk manfaat rawatan Pico Laser 755nm, kulit nampak lebih cerah, sekata, pengurangan garisan halus dan melasma.

Rawatan 1064 nm pula untuk parut tebal berlekuk, liang pori besar dan hiperpigmentasi.

Rawatan ni tak sesuai yang nak pergi pantai pada keesokan hari, masih dalam tempoh pengambilan ubatan seperti re-aaccutane dan sensitif pada laser.


Diode Permanent Hair Removal

Servis menyingkirkan bulu-bulu halus dan tebal pada kulit pun ada dengan menggunakan Diode Permanent Hair Removal yang berasal dari Korea. Diode  memanaskan Melanin menggunakan gelombang cahaya yang berpanjangan (multiwavelength) untuk menghapuskan dan melumpuhkan folikel rambut yang aktif di bahagian anggota yang anda tak mahu bulu-bulu ni tumbuh.

Diode Laser ni boleh dilakukan pada keseluruhan badan dan wajah.

Antara manfaat yang anda boleh rasai selepas melakukan Diode Permanent Hair Removal ialah kulit bertambah lembut, penyingkiran bulu-bulu dalam masa jangka panjang, tiada perubahan warna kulit dan bertindak pada bulu-bulu yang terpaling halus juga.


EM Muscle Sculpting

emmabelle menggunakan EM Muscle Sculpting dari Korea iaitu teknologi HIFEM ( High Intensity Focused- Electro Magnetic.

Denyutan elektromagnet yang dihasilkan oleh HIFEM ni akan memaksa otot untuk bekerja umpama melakukan senaman 20 ribu pergerakan dalam tempoh 30 minit.

Hasil rawatan ini dapat dilihat dalam tempoh 4 minggu di mana 19% pengurangan lemak dan 16% peningkatan jisim otot. 

Kawasan anggota badan yang selalu diberi penekanan adalah sekitar abdomen, pinggil, lengan, peha dan betis.



Milia Seeds | Skin Tag Removal

emmabelle menggunakan mesin 'electrocautery' untuk menyingkirkan lebihan biji minyak, biji milia, tag kulit dan ketuat dengan memanaskan elektrod kemudian digunakan pada tisu kulit untuk merencatkan penghasilan masalah lebihan biji  pada masa akang datang.

Rawatan ni hanya dilakukan secara selamat oleh pakar dan mengambil tempoh masa yang minima.

Selepas rawatan, kurangkan berjemur bawah matahari, jaga kesihatan umum, Jangan minum arak atau ambil aspirin selepas seminggu rawatan. Kurangkan aktiviti yang menghasilkan lebihan peluh.


Bagi you all yang berminat untuk buat semua rawatan yang boleh nampak hasil dengan cepat boleh datang emmabelle Aesthetic Skin Health di Atria Shopping Gallery.

Ada Promosi jadi members guy, check out down here :




I pun sebenarnya dah buat juga servis Pico Laser dan Celljet di emmabelle Aesthetic Skin Health, kulit I so far masih Okay cuma  lepas Analyzed my skin last week at @emmabelleskinhealth , rupanya I ada problem with my skin barrier, luar mungkin nampak ploles sikit but senang naik pimples, ruam and redness. So, at @emmabelleskinhealth, Therapists bantu to work on my DMS means DERMA. MEMBRANE. STRUCTURE for rebuild, replenish & maintain my skin barrier.

Untuk parut lama coz by acne pun Pico Laser boleh reduce and minimize the scars and pori pun rasa tightened afterwards...

Celljet pulak bagi skin more hydrates and bentukkan buat muka jadi V shape.

For those yang nak maintain skin barrier level, do check out @emmabelleskinhealth

Check Out Video for the Pico Laser &  Celljet treatment 👇

So lepas seminggu buat Rawatan Pico Laser dan Celljet, I nampak kulit I lebih rata, pori semakin mengecil, warna kulit lebih sekata, parut berkurangan and bila pakai makeup kulit nampak lebih berseri. Betullah orang cakap nak pakai makeup pastikan kulit tu rata baru makeup senang blend and tak nampak menggurutu...

Nampak tak betapa ketaranya perubahan kulit I lepas seminggu buat Rawatan Pico Laser dan Celljet di emmabelle Aesthetic Skin Health, tak silap boleh buat 3 minggu sekali kalau nak kulit nampak lagi WOW DA BOMB. Sementara tengah ada promosi ni of course lah I nak pergi lagi. Suka sangat hasil ketara rawatan ni, lepas ni kulit I jadi macam baby weh nampak 10 tahun lebih muda, siapa tak suka kan hee...


Ni antara produk penjagaan REVIDERM yang berada di emmabelle sekarang. rasa macam nak ada juga kat rumah sebagai maintenance, aci ke tak ? Cleansing Milk dia memang BEST lah rasa bersih betul kulit wajahku dari makeup dan kotoran berlebihan pada wajah.

Apa-pun terima kasih pada Tammy the Queen of TheButterflyProject sebab ajak I datang emmabelle untuk experienced the services.

Tempat pun selesa and thanks to Andreen Low educated us about skin problem and solutions.

Nak lebih lanjut, sila layari 👇


Website : https://emmabelleskinhealth.com/

More details about The Butterfly Project Community :

@butterflyproject.my  #butterflymsia #mybeautytour 

#emmabelleaestheticskinhealth #PicoLaser #CelljetTreatment

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com