KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2023 — OXY, jenama penjagaan kulit antijerawat khusus untuk remaja, di samping membantu mendapatkan kulit yang sihat dan menggalakan keyakina diri, juga bertekad untuk membantu para pelajar yang kurang bernasib baik melalui pendidikan. OXY amat berbangga dan komited terhadap usaha ini dengan kerjasama bersama Watsons Malaysia dan Yayasan MyKasih untuk memberikan impak positif yang berpanjangan kepada kehidupan pelajar Orang Asli yang kurang bernasib baik.
Menyedari masalah dari segi kewangan dan sumber pendidikan yang terhad yang dialami oleh golongan pelajar Orang Asli ini, OXY telah menumpukan usahanya ke arah peluang pendidikan yang sama rata. Tahun ini, OXY, dengan kerjasama bersama Watsons, telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM50,000 untuk kempen 'We Care For Children Education.'
Pengumpulan dana ini akan digunakan untuk menyokong pendidikan dan pembelajaran 140 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Judah, Selangor.
Program pendidikan OXY akan menaja pelajar terpilih untuk menghadiri program class tambahan, yang tertumpu pada pembangunan kemahiran penting seperti membaca, menulis dan mengira. Penajaan ini akan membantu para pelajar untuk lebih memahami mata pelajaran yang diajar di dalam kelas, memupuk pertumbuhan akademik dan prospek masa depan mereka. Selain itu, OXY berbesar hati untuk menyumbang 7unit TV LED, yang bertujuan untuk mempertingkatkan suasana pembelajaran dan memupuk modul pendidikan digital yang lebih menarik untuk para pelajar.
Selain daripada sokongan pendidikan, OXY juga teruja untuk menyumbang peralatan muzik kepada SK Sungai Judah. Sumbangan ini bertujuan untuk memupuk minat para pelajar terhadap bidang muzik dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang baru untuk masa depan yang tanpa batasan. Penubuhan orkestra mini di sekolah akan memberi pengalaman yang lebih menarik serta memupuk daya kreativiti dan inspirasi di kalangan pelajar.
“Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan yang berkualiti,” ujar Encik Shamsul Fadilah Bin Asmara, Pengetua SK Sungai Judah. “Penglibatan OXY dalam inisiatif sokongan pendidikan ini wajar diberi pujian. Ia akan menyemarakkan semangat di kalangan pelajar kami, menggalakkan mereka untuk hadir ke sekolah dan membuka pintu kepada masa depan yang lebih cerah.
Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, menekankan dedikasi OXY untuk membantu golongan pelajar Orang Asli yang kurang bernasib baik melalui kempen 'We Care for Children Education.' OXY berbangga untuk menyediakan bantuan , pembiayaan dan sumbangan pendidikan yang membolehkan para pelajar Orang Asli mendapatkan peluang pendidikan yang setara.
Ini merupakan tahun ke-2 perlaksanaan kempen OXY ini yang bertujuan untuk menyokong perkembangan dari segi pendidikan bagi pelajar yang kurang bernasib baik,; ujar Lim. Dengan sokongan daripada Watsons,Yayasan MyKasih dan guru-guru yang berdedikasi dari SK Sungai Judah, kami teruja untuk menyaksikan pertumbuhan dan pencapaian luar biasa murid-murid ini. Melalui sumbangan peralatan muzik, kami berharap dapat memupuk minat mereka terhadap muzik dan memberi inspirasi kepada mereka untuk merangkul dunia yang penuh dengan pelbagai kemungkinan.
“Watsons Malaysia amat berbesar hati untuk berkerjasama dengan OXY dalam menyalurkan sokongan dan bantuan pendidikan bagi penduduk Orang Asli yang kurang berkemampuan. Para pelanggan Watsons juga boleh turut serta dengan hanya membeli produk OXY di Watsons dan RM1 daripada pembelian tersebut akan disalurkan ke kempen ini. Kami percaya inisiatif ini dapat meningkatkan tahap pendidikan mereka justeru melahirkan lebih ramai lagi pemimpin berkaliber di masa hadapan”, kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.
Misi OXY bukan sekadar membantu para remaja mendapatkan kulit yang baik dan keyakinan diri. Kami bertekad untuk menyokong pendidikan pelajar yang kurang bernasib baik, memastikan peluang yang sama untuk semua. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami, OXY akan terus memberikan sokongan pendidikan untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan dan membuka jalan untuk masa depan mereka yang lebih cerah. Dengan menggabungkan kepakaran penjagaan kulit dengan tanggungjawab sosial, OXY berusaha untuk memberi impak positif kepada kehidupan golongan muda, serta memupuk kesejahteraan dalaman dan luaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen 'We Care For Children Education' sila layari https://oxy.com.my/ atau laman Facebook rasmi Oxy Malaysia: https://www.facebook.com/OxyMalaysia/.
Mengenai Syarikat Mentholatum
Syarikat Mentholatum, diasaskan pada tahun 1889 sebagai pengilang dan pemasar produk dadah tanpa-preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Beribu pejabat di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat dan beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, KoreaSelatan,P.RChina,India dan Jepun.
Pengilangannya beroperasi di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran/pengedaran di lebih 150 buah negara. Secara dasarnya, syarikat ini sudah pun berusia 99 tahun, dan dimiliki oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. di Osaka, Jepun pada 1988. Rohto berperanan penting dalam pasaran farmaseutikal Jepun dengan mencatatkan penjualan produk terlaris untuk kategori penjagaan mata, kelegaan perut dan topikal.
Sejak 1889, Syarikat Mentholatum telah membangun dan berkembang daripada hanya sebagai pembekal sabun dan bahan pembersihan diri kecil-kecilan sehinggalah bergelar syarikat bertaraf antarabangsa, yang memasarkan bahan perubatan berkualiti ke seluruh negara. Rangkaian produk Mentholatum mengecapi reputasi tinggi untuk kualiti dan nilai di Amerika Syarikat dan di kebanyakan negara-negara lain seluruh dunia. Setiap produk keluaran Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.
Jenama di bawah Mentholatum: Lipice, Oxy, Hada Labom Selsun, Sunplay, Rohto Eye Drops, Botanics, Deep Heating Rub, Melano CC dan Dermistry.
Catat Ulasan