La' Miux Skin Therapist untuk kulit kering, sensitif dan semua jenis kulit

 

La' Miux Skin Therapist

Hi, Assalamualaikum semua !

Ogos 2023 I kembali lagi untuk (TEST-ERROR) produk penjagaan kulit  jenama La' Miux rangkaian Skin Therapist untuk masalah kulit kering dan sensitif.

Setiap satu bulan, I memang akan alami masalah kulit mengikut fasa - kadang kadang muka terlebih berminyak dan kadang-kadang kulit terasa sangat kering, Jerawat naik tak bagi salam juga,  boleh dikatakan kulit I jenis 'combination.' Ada satu tahap kulit I termasuk dalam kategori 'Stressed Skin' dan ada masa kulit I jadi 'allergic' bila I tersalah makan dan tersalah ambil ubatan. Tak dinafikan banyak produk I dah cuba untuk pastikan kulit I sentiasa kekal bermaya walaupun waktu fasa (pre-menstruation).

I sebenarnya dah jumpa satu produk yang agak sesuai untuk kulit I especially waktu 'Stressed Skin' tapi I cuba bagi peluang pada La' Miux Skin Therapist  untuk take over kulit I waktu fasa tersebut.

La' Miux Skin Therapist lebih kepada FOKUS memberi lembapan pada kulit yang diformulasikan secara spesifik untuk masalah kulit kering dan sensitif dengan gabungan Sains dan juga tumbuhan semulajadi supaya kulit menjadi sihat dan bermaya.


Rangkaian Penjagaan Kulit
 La' Miux Skin Therapist terdiri daripada  :

  • Hydrating and moisturizing your sensitive dry skin
  • Skin Therapist Hydrating Moisturizing Lotion
  • Skin Therapist Advance Crème
  • Skin Therapist Hyalu-mide Serum
  • La' Miux Skin Therapist Sunscreen SPF 40 50 ml
  • La' Miux Skin Therapist Rejuvenating Night Cream 50 ml
Yang I dah 'trying my best' La' Miux Skin Therapist selama seminggu antaranya :

  • ✅Skin Therapist Hyalu-mide Serum 20 ml ( RM103.90)
  • ✅Skin Therapist Advance Crème ( RM58.70)
  • ✅La' Miux Skin Therapist Sunscreen SPF 40 50 ml (RM69.90)
  • ✅La' Miux Skin Therapist Rejuvenating Night Cream 50 ml ( RM98.90)
Skin Therapist Hyalu-mide Serum



Skin Therapist Hyalu-mide Serum hadir dengan isipadu 20ml sebotol khas untuk berikan penghidratan dan lembapan yang lebih mendalam jauh ke dalam kulit yang kering dan sesuai juga untuk semua jenis kulit.

Terdapat 2 jenis bahan aktif yang boleh dijumpai dalam kulit kita iaitu seramida dan asid hyaluronik yang semakin lama semakin berkurangan akibat dari faktor usia, pencemaran dan iritasi kulit akibat daripada bahan kimia yang berbahaya.

Bahan Utama dalam Skin Therapist Hyalu-mide Serum ini adalah Yuzu Ceramide B yang terpilih secara saintifik ( (Secara strukturnya mengandungi seramida jenis 2 dan 5 yang hampir sama dengan seramida manusia yang wujud dalam stratum korneum) dan gabungan 3 saiz asid Hyaluronik (0.9 juta, 1.2 juta, 1.5 juta Dalton berat molekul/saiz).

Lepas I cuci wajah dengan pembersih muka kegemaran I dan pakai toner, I picit beberapa titik ke wajah I, so far Skin Therapist Hyalu-mide Serum mudah menyerap ke dalam kulit dan tak tinggalkan kesan melekit. Paling penting pori I yang besar-besar nampak lebih 'smoother than before.' 👍

I rasa kulit I ada harapan untuk sembuh dari kulit sensitif dan radang.

La' Miux Natural Advance Creme Hypoallergenic


Dengan formulasi terbaru yang lebih berkualiti -  La' Miux Natural Advance Crème Hypoallergenic ini hadir dalam tiub isipadu 50ml. Apa yang menariknya krim ini ialah ianya telah menggunakan gabungan 7 jenis tumbuhan perubatan iaitu :
  • Centella asiatica
  • polygonum cuspidatum root extract
  • scutellaria baicelensis root
  • camellia sinensis leaf extracts
  • licorice root 
  • chamomila recutita flower
  • rosmarinus officinalis leaf extracts
Tumbuhan perubatan ini sangat bagus dan bertindak sebagai anti-radang dan  memberikan kesan imunomodulator secara serentak. Ianya juga menggunakan Menggunakan Teknologi Liposom Berbilang Lapisan secara Pantas.

Bahan dalam krim ini juga bebas dari pewarna, tanpa paraben dan tiada fragran.

Kesan pemakaian selama beberapa hari I nampak tona warna kulit I lebih baik dari sebelum, kulit nampak lembab dan hidrat. Paling penting tak rasa BELENGAS, rasa sejok sejok je kulit tau. So far tak tahulah I nampak liang pori makin okay lepas pakai secara tertib rangkaian penjagaan kulit dari La' Miux Skin Therapist ni. 

La' miuxSkin Therapist Sunscreen SPF 40 50 ml

Ruginya tak amalkan pakai 'sunscreen' dari awal-awal you all. Bila malas-malas pakai 'sunscreen' tadaaaa....  pigmentasi naik makin jelas terutamanya bila usia semakin meningkat. Bagi you all yang dah mula ada kesedaran dan nak cari 'sunscreen,' I boleh rekomen you all cuba dulu La' Miux Skin Therapist Sunscreen SPF 40 dengan isipadu tiub 50 ml ni.

Tak ada 'white cast,' tak nampak putih cam pakai topeng, Kulit Wajah tak rasa Berat tapi rasa ringan macam tak pakai apa-apa, Sunscreen tak pedihkan kulit I , tak ada rasa melekit atau berminyak dan rasa seperti dilindungi dari sinaran UV berbahaya.  

SPF 40 yang ada dalam  La' Miux Skin Therapist Sunscreen memberikan rasa selesa tanpa penyumbatan pada pori-pori kita. Sekali gus membolehkan kulit bernafas dan berfungsi secara normal sambil menerima perlindungan UVA dan UVB dengan baik.

 Ia mempunyai keseimbangan unik perlindungan matahari secara fizikal  iaitu (titanium dioksida dan zink oksida) dan penghalang kimia (ethylhexy methoxycinnamate) untuk keselesaan dan liputan secara optimum. 

Formula  La' Miux Skin Therapist Sunscreen SPF 40 ni mengandungi ekstrak Aloe vera untuk lembapan tambahan, anti-keradangan, dan agen menenang yang lebih baik untuk kulit nampak lebih remaja dan menggalakkan kulit agar lebih sihat. 

Rasa Selamat nak pakai bila La' Miux Skin Therapist Sunscreen wujud Tanpa Paraben, Tanpa Pewangi, Tanpa pewarna, Tanpa minyak mineral dan Tanpa Steroid.

La' Miux Skin Therapist Rejuvenating Night Cream 50 ml


I rasa sejak beberapa hari I cuba rangkaian Skin Therapist memang I perasan pigmentasi I semakin berkurangan, parut parut yang tebal dan degil sebab jerawat nampak semakin pudar dari sebelum, kulit pun makin cerah sekata, I pakai ikut steps by steps tau. 

Mungkin juga dari kesan pemakaian 'Skin Therapist Rejuvenating Night Cream' sebab ianya ialah pelembap bertekstur licin baldu yang membantu mencerahkan, menghidratkan kulit, mengandungi pelbagai anti-oksida  secara semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak tumbuhan untuk melindungi kerosakan radikal bebas, mengurangkan tona kulit yang tidak sekata dan meningkatkan keanjalan serta penghasilan kolagen.

Formula unik dan bahan dari minyak 'seaberry, algae, panthenol vitamin B5, vitamin E' dan 'saccharide isomerate' membantu untuk meningkatkan penghidratan dan mengekalkan lembapan semasa kita sedang berehat and no wonderlah my skin bangun je pagi nampak macam works in wonder. 👍



Cuba tengok kulit I dari sebelum dan selepas beberapa hari I cuba La' Miux Skin Therapist, I sangat 'impressed' dengan formula unik produk penjagaan kulit wajah ni. Walaupun kulit tak LICIN macam GELAS sepenuhnya tapi I 'noticed' ada pengurangan dari segi parut-parut tebal, jerawat fasa pre-menstruation makin kecut tak perlu picit dan tak garu-garu sebab produk ni boleh kurangkan rasa 'itchiness' tu. Kulit pun nampak kurang kusam dari sebelum. 

Apa pun I harap La' Miux Skin Therapist dapat bantu you all yang skin macam I - naik surut mengikut fasa, 'pre-post menstruation' dan 'stressed skin.'

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk ni, sila layari laman web official di https://www.quantum2u.com/la-miux-skin-therapist dan kalau you all berminat nak beli, you all boleh dapatkan produk ni kat semua BIG Pharmacy outlet seluruh Malaysia.



11 ulasan :

  1. Baru tahu jenama La'Miux ni lepas baca artikel Syafiera. Banyak produk dia rupanya. Akak nak try sunscreen jenama ni. Senang saiz kecil macam tu.

    BalasPadam
  2. ni first time dengar nama produk ni. bahan bahan dia semua premium dan dpt bantu rawat masalah kulit. tertarik dengan moisturizer tu. You might like - Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak di Watson

    BalasPadam
  3. Macam best je range skincare ni kebetulan yaya memang ada masalah kulit kering dan sensitif. Nampak perubahan positive kan bila dah konsisten guna. Thanks sharing!

    BalasPadam
  4. Wah. Nampak berkesan dekat your skin. I pun macam teringin nak try gak la, mana tau menjadi kan

    BalasPadam
  5. The moisturizer looks so soft and beautiful. The sunscreen looks good too. Thank you for sharing this beautiful product.

    BalasPadam
  6. La' Miux Skin Therapist Ni kak pun first time tau pasal produk, sesuai dgn kulit kak yg jugak kering (Halimah)

    BalasPadam
  7. I like La' Miux Skin Therapist skincare, they are gentle and shows effective results

    BalasPadam
  8. suka bila datang dalam set mcm ni.... boleh jaga ajah step by step

    BalasPadam
  9. Really can see the difference after one week pakai produk2 dari brand ni kan! Nell pun nak give it a try bah..

    BalasPadam
  10. Lepas baca review Syafiera, Tini terus terfikir nak beli produk ni dan cuba sendiri. Pelembap dia seemed like lembut gila, dan sunscreen pun macam best je tu. Sebelum ni, belum pernah dengar lagi pasal La' Miux Skin Therapist ni tapi why not try betul tak? Hopefully, sesuailah dengan my sensitive skin ni. Payah ooo nak cari produk yang sesuai. Hehe.

    BalasPadam
  11. I m using this also, I love the serum it works for me too

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com