Steamboat & Grill Feast di BBQ Lamb Kemensah KL

 

Hujung minggu sememangnya waktu untuk 'spending time' bersama anak-anak dan keluarga. Macam biasa hari cuti cuti ni I akan Jalan-jalan cari makan. Berdekatan dengan Zoo Negara, BBQ Lamb Kemensah menyajikan hidangan 'Steamboat & Grill Feast.' Menariknya di sini kitaorang boleh menikmati suasana air sungai sambil masak-masak dan menjadikan jalan-jalan cari makan kali ni terasa ekslusif dengan tawaran harga yang berpatutan dan berbaloi malahan dapat mengeratkan hubungan silatulrahim kami sekeluarga.


Kami memilih kuah kimchi sebagai bahan asas untuk rebusan selain kimchi ada dua jenis lagi kuah yang 'you all' boleh pilih iaitu sup ayam dan Tom Yam. Rasa kimchi sangat 'perfect' bila dimasak dengan seafood menjadikan kuah lebih pekat dan rlebih berperisa.


Terdapat pelbagai jenis bahan mentah yang 'segar-bugar you all' boleh dapati di sini seperti makanan laut antaranya udang, sotong, kupang, siput buluh, 'assorted steamboat tofu', sosej, crab stick dan macam-macam lagi. Ayam dan daging yang sudah diperap dengan kunyit dan sos juga sangat sesuai untuk dipanggang.


Jangan lupa juga makan sayur-sayuran tau, ada keluarga cendawan, sayur pak choy dan telur disediakan. Sos-sos pedas, manis dan masam turut ada. Tak lengkap 'steamboat and grill feast' kalau tak ada sos-sos ni.


Selain tu anak-anak juga boleh menikmati Western Food, makanan bergoreng, dim sum dan pau sementara menunggu makanan lain siap dipanggang dan direbus.


Minuman pelbagai rasa seperti sirap bandung, teh tarik pun ada disediakan. Pencuci mulut, ais krim, buah-buahan segar, kek coklat dan kuih muih pun ada.




Anda boleh membayar secara tunai, kad kredit/debit dan TouchNgo.

Harga :

Dewasa RM35

Wanita Hamil dan Pelajar : RM30

Kanak2 dan waga emas : RM 25

Untuk tempahan sila dail : 012- 2114100

Alamat : BBQ Lamb KL Kemensah Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor 

Lokasi: https://goo.gl/maps/YxpwHeR9j6p

@bbqlambklkemensah #BBQLambKemensahKL #steamboatKL #GrillFeast #JalanJalanCariMakan #NakMakanKatManaHariNi


Konsep 'Steamboat & Grill Feast' sambil menikmati suasana alam adalah perkara paling menarik I patut buat setiap bulan sekali bersama-sama keluarga. So far, makanan yang terhidang tersangatlah fresh dan 'very pleasantly appetizing.' Memang puas hati nak makan kat sini sebab harga memang tak masuk akal which is affordable especially dengan suasana yang boleh hilangkan stress sebab bekerja non-stop. 

So yang nak RELAX RELAX kan minda sambil makan pepanas WAJIB ye datang sini. Pastikan tempah awal-awal sebab  ramai tau orang tiap minggu, heee..


Till we meet again, nak santai relaks relaks lagi...


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com