Jom Buka Puasa Ramadan 2023 di BBQ Lamb Kemensah KL


Ya Allah pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadan untuk tahun 2023 dah. Banyaknya benda yang masih belum siap dan prepare untuk menyambut bulan puasa ni. Mungkin terlampau sibuk dengan kerja hakiki sampai tak sempat nak catch-up banyak benda.

Apa pun I bersyukur sangat sebab dapat meluangkan masa untuk menikmati hidangan juadah berbuka puasa di BBQ Lamb Kemensah KL Sabtu lalu. Paling seronok dapat berjumpa dengan rakan blogger, Ellie Toh yang kami lebih banyak buat V-call sebab jarang nak keluar ke sana ke sini atas sebab masing-masing busy dengan komitmen.

Bagi yang 1st timer macam I nak pergi ke BBQ Lamb Kemensah KL ni 'you all' ingat je arah nak ke Zoo Negara. Ada satu jalan nak ke dalam sana. Rupanya kat situ ada sungai, ikutkan kalau you all terus lagi boleh sampai ke Janda Baik.

Suasana yang menarik, boleh makan minum di atas yangsungai cetek sambil menikmati BBQ di sini sememangnya pilihan sesiapa yang inginkan ketenangan dan kedamaian sambil berekreasi bersama-sama keluarga.

Kalau bawa anak pun tak rasa segan kalau mereka bermain sebab tempat yang luas nak celup-celup kaki dalam air pun no hal. Budak-budak akan leka bermain tanpa menganggu yang dewasa nak menikmati makanan tau. hehe.

Menu utama yang menjadi tarikan di sini ialah panggang-memanggang...
Tersedia untuk you all nikmati antaranya  'smoked chicken, smoked tenderloin, smoked lamb shoulder' dan semestinya Itik Salai dan makanan Laut.

Bagi peminat tegar hidangan BBQ, memang tak sah lah kalau you all tak cuba sendiri hidangan panggang-memanggang ni. I punya kegemaran ialah Itik salai. Jangan lepaskan peluang tau untuk cuba sendiri Itik Salai kat sini - 'juicy' dan lembut habis...

Jika anda pernah ke sini untuk bufet Ramadan, cuba jangan terlepas itik salai mereka kerana ianya amat menyelerakan !

Disebabkan I terlalu FOKUS dengan hidangan panggang-memanggang ni, tak lupa juga ye di BBQ Lamb Kemensah KL ni juga menyediakan pelbagai hidangan yang menarik antaranya menu masakan kampung seperti gulai daging salai, kari ikan, 'lamb varuval,' ayam masak merah, sup kambing, ikan masak 3 rasa masam dan manis, rendang ayam, 'egg tofu with black fungus,' 'fried chicken with Kam Heong Sauce,'  dan macam-macam lagi. Kesemua hidangan enak-enak belaka memang sesuai sangat tema untuk Ramadan 2023 tahun ni.

Alhamdulillah hidangan dalam kuali dan periuk belanga masakan kampung tradisional memang tak SAH ye tanpa kehadiran ulam-ulaman. I kalau perut banyak nak makan semua sayuran yang disediakan cicah sambal sambal belacan kat sini. Haih memang tak rugi lah berbuka puasa di BBQ Lamb Kemensah KL ni. Memang menepati citarasa tekak orang melayu yang nak berbuka puasa.

Yang bawa anak-anak jenis cerewet sikit makan pun tak nak pedas-pedas, nasib baik BBQ Lamb Kemensah menyajikan juga hidangan western seperti carbonara, salad dan spaghetti ni. Jadi budak-budak kalau jumpa menu macam ni memang depa suka sangat kan. hee.

Pemandangan terlalu indah sampai I terlupa nak minum air.  Jangan risau kat sini memang disediakan air sirap bandung, lai ci kang, ais kacang dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. I sempat juga menikmati lai ci kang suam untuk hilangkan rasa dahaga.

You all dah ada idea ke nak berbuka puasa dimana dan bila pada bulan Ramadan 2023 ni ?
Jomlah BOOK sekarang BBQ Lamb Kemensah KL, sure puas hati .

Bufet Iftar Sebelum Ramadan bermula 4, 11 dan 18 Mac 2023. 
(7pm-10pm) 
RM68/pax. 
Kanak-kanak 6-12 tahun/warga emas RM40/pax 

Sepanjang bulan Ramadhan 23-31 Mac 2023. 
(7pm-10pm) 
RM68/pax. 
Kanak-kanak 6-12 tahun/warga emas RM45/pax 

1hb -7hb April 2023. 
(7pm-10pm) 
RM78/pax.
Kanak-kanak 6-12 tahun/warga emas RM45/pax 

8-18 April 2023. 
(7pm-10pm) 
RM88/pax. 
Kanak-kanak 6-12 tahun/warga emas RM50/pax 

Untuk maklumat lanjut mengenai BBQ Lamb Kemensah, sila rujuk butiran di bawah: 

Alamat: BBQ Lamb KL Kemensah Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor 

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh whatapps atau call: 012-211 4100 

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com