SUNPLAY 'WE CARE FOR THE OCEAN 2022' MEMBERSIHKAN 7 PANTAI BERHAMPIRAN LEMBAH KLANG

SUNPLAY 'WE CARE FOR THE OCEAN 2022' MEMBERSIHKAN

7 PANTAI BERHAMPIRAN LEMBAH KLANG 

Sunplay dengan Kerjasama Watsons & Malaysian Nature Society (MNS) untuk Membersihkan 7 Pantai dalam Dua Bulan dengan Bantuan 340 orang Sukarelawan


PETALING JAYA, Selangor, 29 November 2022 – Sunplay, jenama pelindung matahari terkemuka di Malaysia dengan kerjasama Watsons dan Malaysian Nature Society (MNS), telah berjaya membersihkan 7 pantai berhampiran Lembah Klang dalam tempoh dua bulan sempena kempen CSR pembersihan pantai ‘We Care for the Ocean 2022’.

Aktiviti pembersihan pantai telah dijalankan mulai awal September hingga November tahun ini, di pantai berikut: Pantai Bagan Lalang, Pantai Kelanang, Pantai Morib Baharu, Pantai Remis dan Pantai Batu Laut di Selangor serta Pantai Cermin dan Pantai Cahaya Negeri di Port Dickson. Sebanyak 1,348kg sampah telah dikutip dari kesemua 7 pantai.

Dana sebanyak RM40,000 telah dikumpulkan untuk inisiatif pembersihan pantai mulai 8 hingga 28 September 2022 dengan RM1 daripada hasil jualan setiap produk Sunplay yang dijual di Watsons.

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum, Lim Mei Yuen melahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai yang telah menyokong kempen ini sama ada dengan membeli produk Sunplay atau secara sukarela menyertai pembersihan pantai.

“Kempen CSR Sunplay ‘We Care for the Ocean’ sudah memasuki tahun yang kedua. Ini merupakan komitmen jangka panjang kami ke arah matlamat menyebarkan kesedaran tentang pelupusan sisa berbahaya terhadap hidupan marin. Kami berhasrat untuk melindungi kesihatan lautan dan memelihara ekosistem marin yang sihat,” katanya.

“Malaysia berada dalam 10 buah negara teratas yang menyumbang paling banyak serpihan plastik marin di lautan. Oleh itu, usaha pembersihan pantai adalah penting kerana ia akan membantu mengurangkan sisa plastik daripada terapung ke lautan terbuka,” tambah Lim.

Selain bertujuan untuk menyediakan perlindungan matahari yang terbaik untuk pengguna, Sunplay percaya dalam mewujudkan persekitaran yang mampan untuk generasi akan datang. Kempen CSR Sunplay ‘We Care for the Ocean’ ialah salah satu inisiatif jenama ini untuk menyumbang kepada penambahbaikan alam sekitar.

Pengarah Eksekutif MNS, Encik I.S.Shanmugaraj berkata bahawa kerjasama dengan Sunplay dan Watsons telah membolehkan mereka meluaskan jangkauan mereka kepada orang ramai dalam mendidik mereka tentang kemampanan dan kepentingan pembersihan pantai.

“Selain mengutip sampah yang bertaburan di sepanjang pantai, kami juga ingin mendidik sukarelawan kami tentang keadaan laut dan lautan yang merosot akibat pencemaran plastik. Pencemaran plastik menjejaskan ekosistem marin dengan mengurangkan keupayaan ekosistem untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim. Dan ini akan memberi kesan kepada keupayaan pengeluaran makanan dan mata pencarian rakyat,” katanya.

Sunplay berharap kempen tahunan ‘We Care for the Ocean’nya akan memberikan pengetahuan tentang kepentingan kebersihan, pemuliharaan dan kemampanan. Dengan kempen ini, jenama itu berhasrat untuk membantu mengekalkan pantai yang lebih bersih, membolehkan orang ramai bergembira di bawah sinar matahari sambil kekal dilindungi dengan produk pelindung matahari terkemukanya.


Untuk maklumat lanjut tentang Sunplay, log masuk ke https://www.facebook.com/MySUNPLAY atau https://www.instagram.com/sunplay_malaysia/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com