Party Ooh La La Brunch & Gossip @ Lou Lou James The Kitchen



Hello semua, 
I kembali lagi setelah sekian lama berehat dari attending events..

Recently,
I berpeluang untuk joined Self-Care events under The Butterfly Projects..
Phew I think I memang sangat memerlukan this kind of social events setelah lama tak pergi since PKP almost 2 years.

So basically,
event Ooh La La bertemakan Parisian Chic telah berlangsung di Lou Lou James The Kitchen Plaza Arkadia pada 10 September 2022 yang lalu untuk BRUNCH & GOSSIP..

Seronok tau bila dah jumpa butterflies yang lama tak jumpa untuk ajak bergosip..

Bukan sekadar bergosip tapi Ooh La La juga menekankan perkara paling penting untuk kehidupan sebagai wanita iaitu SELF-CARE routine.. benda ni wajib kena ada untuk hilangkan rasa negatif yang dah lama tersimpan di dalam jiwa... ehh...



Untuk agenda Ooh La La kali ni...

First kitaorang kena lepaskan tekanan untuk wujudkan kesan positif bersama Us for Ocean dimana kitaorang diberikan sehelai 'tote bag' dan warna-warna akrilik dengan melukis apa-apa je atas tote bag tu...


I perkenalkan Ooi Erjun orang penting untuk @usforocean  dimana beliau ialah 'wealth planner & environment advocate' yang menyokong dan memperjuangkan kebersihan untuk hidupan liar di laut dan perkara yang mampan dengan VISI membayangkan lautan yang sihat di mana manusia sentiasa komited untuk menjaga dan menghargai planet biru kita, biodiversiti marin global kita, untuk manfaat jangka panjang dan semua kehidupan di Bumi.


Dalam minda I fikir mengenai rumpai laut dan coral reefs so tadaaa jadilah seni atas tote bag I... cantikkan... heee...


Lepas dah 'doodle on the tote bag,' sesi seterusnya memang FAV I iaitu 'essential oils.' Rata-rata yang dah jadi mak orang macam I memang memerlukan minyak terapi untuk hadapi tekanan harian. Terima kasih pada Roots Malaysia yang berkongsi kepada semua yang hadir cara untuk kurangkan rasa sakit ketika PMS dan macam mana cara nak menenangkan diri bila tengah penat-penat tu.


Bila dah masuk 3 siri ni,  penjagaan kulit teramatlah penting supaya muka tu tak kendur dengan cepat, sesi kecantikan kami telah diajar dan diberi DEMO cara untuk 'Love The Skin I'm In' dari Skin Inc.

Penjagaan kulit dari Skin Inc boleh dikatakan agak special sebab ianya akan disesuaikan mengikut masalah wajah kita paling penting produk ni ketengahkan 'sleep mask + hidration.'


Unik sangat 'Custom Recovery Sleep Mask - Hydro Gel' ni !

2x serum booster shot diberi mengikut masalah kulit masing masing. Fungsinya untuk mengecas kembali kulit ketika waktu tidur.

1000 kapsul aktif dalam kapsul dipekatkan dalam setiap penggalak serum untuk mengecas kembali kulit dengan 17 bahan aktif .

Ianya memperbaiki masalah kulit, bagi kulit lebih terhidrat, menganjalkan kulit dan mengurangkan garisan halus dan wajah berkedut tau.

Pakai waktu tidur, esok bangun terus kulit nampak lebih segar !
Tak percaya kena cuba sendiri.


'Last Not Least' lepas dah belajar Self-Care, Parti Ooh La La tak lengkap kalau tak ada Brunch... 

Terima kasih pada Lou Lou James sebab menyediakan hidangan yang cantik, penuh dengan bunga khas untuk kitaorang... 


Makananan yang disediakan enak-enak sangat, sambil makan sambil borak-borak dengan Parisian Chic memang tak sah..


Bertemakan Parisian Chic, Tahniah pada semua yang pakai baju ikut tema and tahniah pada pemenang yang menang the best dress iaitu kakak Si Ayue ni..

Happening sangat Party Ooh La La ni, dapat jumpa kembali the ladies yang lama tak jumpa ni...


Paling penting jangan Lupa pada Tammy Lim the founder of > The Butterfly Project < and Orang paling penting yang buat Parti Ooh La La ni... thank you Tammy jemput kitaorang datang ke majlis :). Hopefully boleh jumpa lagi on the next party :)



Sekali lagi I nak ucapkan terima kasih pada penaja-naja yang telah menjayakan Party Ooh La La ni...

You all jangan lupa Check Out latest Updates dari mereka :

Lou Lou James 
Makanan Istimewa untuk semua Tetamu dengan 'loyalty program' untuk semua tetamu yang berdaftar. 
Klik di sini untuk maklumat lanjut : https://www.instagram.com/louloujames.thekitchen

SKININC SUPPLEMENT BAR
@iloveskininc #iloveskininc

GODDESS POTION 
@myrootsmsia #rootsmalaysia

Beach Clean UP Fund Raiser

Share Your Monin Moments & Tag
Klik di sini untuk resipi :


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com