Perubahan teknologi yang berlaku secara pesat memberi kesan kepada kehidupan manusia. Tidak terkecuali antara bidang yang turut mendapat manfaat melalui kemajuan ini adalah sistem pendidikan dunia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai akses terhadap segala inovasi yang diperkenalkan, ternyata Malaysia juga tidak terkecuali bersaing dalam menghasilkan lebih ramai pelajar yang dilengkapi dengan ilmu terbaik.
Namun sejauh mana, penggunaan teknologi ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar dan tenaga pengajar di negara ini. Justeru, Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI mengadakan wacana berjudul Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena meraikan kecemerlangan 335 pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021, baru-baru ini.
Berkongsi jawapan dalam sesi wacana yang dikendalikan moderator Muhd Habibunajjar Sazali itu, Tun Mahathir yakin dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang selain penggunaan teknologi secara berkesan, guru juga adalah faktor penting dalam memastikan cara penyampaian yang lebih berkesan.
Bersetuju dengan kenyataan teknologi sebagai keperluan dalam sistem pendidikan kini, namun menurut negarawan ini juga tidak semua boleh diaplikasikan secara mendadak kepada pelajar memandangkan perlu ada saringan dalam membentuk karakter yang sesuai.
“Kita tahu, teknologi bergerak laju dan hampir setiap hari ada penemuan baharu. Menjadi keperluan melengkapkan pelajar dengan kemahiran ini namun kita juga perlu pastikan pengetahuan yang diberikan perlu sesuai dengan karakter. “Kerana kita tidak mahu kemahiran yang ada ini disalah gunakan,”katanya.
Melihat kemajuan yang diraih negara luar melalui sistem pendidikan yang menggunakan teknologi terkini. Malaysia juga tidak ketinggalan berada pada landasan yang sama, namun dalam mengoptimumkan kelebihan yang ada, bekas Perdana Menteri itu yakin perlu ada pembahagian kerja antara tenaga pengajar yang lebih efisien.
Catat Ulasan