Koleksi Aromatherapy tidak lebih Dari RM100 untuk RAYA tahun ini.

Balik Kampong... Ho Ho Ho Balik Kampung... Hati Girang.... 

Gembira betul dapat balik kampung Raya Tahun 2022 ni setelah 2 tahun tak balik sebab PKP akibat dari pandemik yang berpanjangan... Balik Kampung ni kita bukan je perlu menjaga diri dan kebersihan.. Banyak cara kita boleh kekalkan kesihatan yang baik, tingkatkan sistem imun  dan eratkan silatulrahim sesama keluarga tanpa berprasagka buruk lagi dengan tahap kesihatan sesiapa pun..

Kali ni I nak perkenalkan Set Balik Kampung dari Plant Origins. Set ni sesuai untuk dibawa ke rumah Mak Abah kat Kampung tu, set yang kecil muat masuk bag tau... dah alang-alang bawa untuk diri sendiri apa kata beli lagi satu set ni untuk Mak Abah kita tu sebagai hadiah..



Balik Kampung Raya Gift Box adalah Koleksi Aromatherapy tidak lebih Dari RM100 untuk RAYA tahun ini. Dalam set ni terdapat beberapa jenis iaitu :

☑️ Aromatherapy portable diffuser (70ml)
☑️Diffuser Bag (1unit)
☑️Personal Care Travel Kit (5 units)
☑️Blood Orange Essential Oil (10ml)


Aromatherapy portable diffuser ni boleh diisi dengan air sebanyak  70 ml isipadu air, ianya mempunyai dua fungsi iaitu lampu bertukar warna dan juga mengeluarkan wap air yang halus untuk memberikan udara dalam bilik lebih segar dan berbau harum serta boleh dijadikan sebagai terapi untuk minda dan diri setiap yang menggunakannya.

Diffuser Bag diberikan khusus untuk bawa balik kampung dengan saiz yang muat-muat untuk aromatheraphy portable diffuser tu. Bag pun nampak elegan.

Blood Orange Essential Oil ni adalah minyak penting yang akan diletakkan dalam aromatherapy portable diffuser sebanyak 3-5 titik untuk memberikan aroma yang harum dalam bilik. Sesuai untuk mereka yang inginkan kesegaran yang berpanjangan dan bertindak sebagai nyah-odor yang busuk. Paling BEST ianya juga mempunyai bahan anti-bakteria yang terhasil dari Citrus aurantium dulcis (Orange) Peel Oil. Nyamuk dan lalat pun tak suka bau Blood Orange ni.


Bila Balik Kampung semestinya tak nak bawa satu rumah kan, nasib baik ada Personal Care Travel Kit dari Plant Origins ni. Dengan saiz yang kecil boleh muat bag dan tak perlu pening dah nak bawa apa sebab semuanya lengkap untuk penjagaan diri sendiri.

Personal Care Travel Kit ni ada 4 jenis iaitu :
✔ Plant Origins Body Wash (30ml)
✔ Plant Origins Hand Soap (30ml)
✔ Plant Origins Hair Shampoo (30ml)
✔ Plant Origins Conditioning Hair Mask (30ml)
✔ Waterproof Pouch

Set Personal Care Travel Kit ni :
✔ 100% bahan semulajadi
✔ tiada paraben
✔ tiada alkohol
✔ tiada kandungan dari binatang 
✔ tidak menggunakan wangian sintetik 
✔ sesuai untuk semua jenis kulit


Buat Pembeliaan di sini : https://bit.ly/3El7XbP



Untuk maklumat lanjut dan promosi sila layari : https://www.signaturemarket.co/
Instagram : @plant_origins 

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com