Sofia dari Lucca Vudor |
Kasut yang Selesa iaitu Sofia dari Lucca Vudor ialah sandal kaki tertutup. Ia diperbuat daripada bahan kulit lembut dari kambing. Sebagai sandal kaki yang tertutup, ia pasti akan menjadi sepasang kasut yang selesa. Warnanya sangat sesuai untuk musim panas ini.
Kenapa mesti Lucca Vudor?
Lucca Vudor dilapik khas bahagian dalam dengan kusyen tambahan (insole). Ini bertujuan untuk mengurangkan kesakitan untuk berjalan dalam tempoh yang lama.
Kedua, semua kasut diperbuat daripada kulit yang paling lembut iaitu dari kulit kambing. Disebabkan ini, si pemakai kasut dari Lucca Vudor dapat jimat masa untuk menyesuaikan keselesaan untuk kaki masing-masing. Tapak bahagian 'insole' akan mengikut bentuk tapak kaki kita dengan cepat.
Ketiga, setiap sepasang kasut bahagian ibu jari dibesarkan sedikit ruangnya untuk mencegah rasa ketat di bahagian kaki hadapan. Jadi tak ada lah rasa kaki sakit bila pakai kasut dari Lucca Vudor,
Paling PENTING, tukang kasut dari Lucca Vudor telah terlatih mencipta bentuk kasut yang seimbang namun si pemakai tetap nampak bergaya dan elegan apabila memakainya. Menariknya kasut dari Lucca Vudor dihasilkan dengan buatan tangan tau bukan mesin. Orang panggil 'Handmade' dalam Inggeris. Semestinya kita tahu apa-apa sahaja dari 'handmade' memang hasilnya sangat kemas dan teliti.
Setiap kasut mempunyai Warna yang istimewa
Tukang kasut juga memilih warna yang sesuai untuk menepati citarasa setiap peminat Lucca Vudor jadi setiap warna akan mempunyai sedikit perbezaan. Malah model yang sama akan mempunyai sedikit variasi. Ianya memerlukan banyak masa dan usaha untuk memastikan kepuasan mereka yang inginkan terbaik. Setiap perbezaan tu bukan ROSAK tau tapi keunikan tersendiri namun sempurna untuk si pemakai.
Lucca Vudor melakukan banyak usaha dalam setiap sepasang kasut. Setiap kehidupan pasti akan merasa keperitan dan kebahagiaan. Oleh itu lucca Vudor berharap dengan usaha yang lebih untuk sepasang kasut, Ia akan mewujudkan lebih banyak keselesaan. Kurang satu kesakitan untuk kecapi kebahagiaan tu yang paling penting.
Sebagai seorang yang dah cuba sendiri kasut dari Lucca Vudor iaitu Sofia, saya tak nafikan KESELESAAN yang saya dapat dengan sepasang kasut yang elegan tampak kemas dalam warna hitam. Ianya amat mudah untuk disesuaikan dengan pakaian warna apa pun. Paling saya suka saya yang bersaiz petit ketinggian dalam 148cm nampak lebih tinggi dalam gambar tau.
Bahagian atas : Kulit Kambing
Bahagian Lapisan : Kulit Kambing
Tapak Dalam : Kulit Kambing
Tapak Luar : Getah
Cantik !! Kita suka pattern camni. Simple je
BalasPadamSamalah selesa gila.. pattern dia menyerlahhh
Padam